status
Final exam is next month?Aaaaaaaa!!!!!



My Perfect Imperfect Life }

""

Gangster Kampung

.Hello and Welcome to my beautiful world.
.My name is Fatin Nadhirah Bt Azhari .Seorang student di bangunan yang bernama 'sekolah' .14 tahun 2013.(muda lagi weyh)Mencari erti kehidupan di usia remaja.Di blog ni ku titipkan salam.Agar membantu menceriakan hari.Allah sentiasa di sisi dan semoga diri ini diberkati.Amin

Nasihat Anak Azhari

big sunglasses, sunglasses, vintage, vintage ring
Sayang mereka yang sayang saya.
.CINTA,jangan terlalu percaya.Itu semua poyo:)
.kawan biar beribu,setia pada yang satu
.jangan menyuruh orang untuk faham kita,tetapi fahamlah diri sendiri
.kalau sedang sedih,tabahlah.ALLAH sedang mengujimu


Nakarainaimi

six of us,teenagers,lots of love
Nakarainaimi bukanlah bahasa jepun tapi ianya gabungan nama kami.
.NA stands for Husna/una
.KA stands for Atikah/ika
.RA is me.Stands for Nadhirah/nad
.IN stands for Syazlien/alin
.AI stands for Fatin/ain
.MI stands for Syamimi/mimi
semoga kami kekal selamnya ya allah.perkukuhkanlah persahabatan kami.Amin.
kini,NAKARAINAIMI is registered!Hak milik kami

My GalahMan

doodle, Girrafe, lee kwang soo, vintage ring
.Saya peminat Lee Kwang Soo dalam Runnimg Man
.Tak nak kahwin dengan dia,nak jadi dia punya member je
.Nak cakap LKS is a betrayer?Lantaklah!
.Nak cakap saya ni perasan?lantaklah
.Nak cakap LKS tak kenal saya pon?Lantaklah!
.Yang pasti aku minat dia,aku ada perasaan and aku kenal dia.Full stop!haha! perasan lebih!


Terima Kasih Yang Besar Kepada

Skins by: Eyka Eyko
Background: Nurul AtiQah
Best View in: Google Chrome only

my 3 daysss at my village
Wednesday, September 18, 2013 | 8:11 PM // 0 Mustaches
assalamualaikum semua. Dah makan? mama kita masak ayam masak kicap tau....nak?kalau nak pergilah buat sendiri! buwek buwek  : P

when mama called me and sayed "angah,mama lupa nak cakap.Besok nak balik kampung.Pergi kemas baju" yeay!!!!!! kampung!!!!! wo wo wo balik kampungggg~ ~ ~ woo woo woo balik kampunggggg~ ~ ~ hati giranggg!!!!*singing* tak tahu kenapa tapi rasa excited sangat nak balik kampung kali ni.Lebih excited daripada nak balik beraya beberapa bulan yg lepas.Tak yahu kenapa.Like I said,I don't know why? maybe someting 'good things' gonna happen to me? probably? kan?

tapi......
hari jumaat tu,adalah hari flash floods.Allah memakbulkan doa daripada seorang guru,ibu,pregnant mother,dan juga seorang ustazah.hai.....kilat sana sini,sampai terpadam elektrik.Nasib baik lah aku duduk dalam surau waktu tu.So selamat sikit kan?tapi waktu tu tangan doq terketaq ketaq nk menjawab soalan bertulis daripada ustazah waktu tu.Luckily,my mimi ada dekat sebelah.Bila kilat menyambari bumi,atau lebih spesifiknya Batu Cabes,Selangor Darul Ehsan,Malaysia.Dengan automatiknya aku akan peluk orang sebelah.Kadang kadang kalau dah shock sangat orang sebelah tu laki pon maybe aku tak sedar.Yg aku tau,aku selamat dan dapat berlindung dengan pelukan itu.But so far,aku belom lagilah nak peluk peluk anak teruna orang nih...maybe one day aku akan peluk my Mr.Husband.Halal kan.......

Bila dah hujan lebat,kilat sabung menyabung,hujan turun tanpa henti,confirm confirm lah sekolah terchentaku SMK TAMAN SELAYANG banjirrrrr......tapi banjir kali ni,haiii.....bukan banjir biasa.Semuanya ditenggelami air.Bangku sekolah pon ditenggalami air.So,kami main air!! yeay!! Stokin dibuka untuk mengelakkan kakiku ber'smelly'.Jadi kami main air pakai kasut tanpa pakai stokin.Macam macam kitaorang tengok waktu banjir tu.Air dipenuhi  dengan daun daun.Air yg bersih bercampuran dengan air longkang.Sampaikan lipas berenang renang untuk menyelamatkan diri.bukan seekor tapi dua,tiga empat ekor.Lipas tu berpusing pusing atas air untuk bangun dan menyelamatkan diri.Go coackroach! go!

dan tibalah hari yg di'wait' 'wait'kan or bahasa BM nya hari yg ditunggu tunggu.Saturday.Balik kampung day!
Perjalanan pergi dan balik daripada KL ke Perak mengambil masa 2 jam.Alhamdulillah perjalanan kami lancar.Dan tepat pukul 11.30 pagi kami melepasi perkarangan tol tapah.Tapi rilex rilex dulu,kita lepak lepak makan mee kicap dulu........nyam nyam!!! Setiap kali bailk kampung,memang tak sah kalau tak makan mee kicap bersama teh o ais.Langsung tak sah! Tak feel balik kampung!

cenggini hah rasa dia!!(Y) mee kicap Tapah,Perak.Satu satunya mee yg aku suka.Rasa mee dia tak rasa sangat sebab ada sup fishcake yg sedap gilaa.


Lepas jer habis makan,aku dan family pergi Hypermarket TF.Macam giant tapi nama dia TF.Mama nak beli barang barang untuk buat spageti.Mama cakap ucu nak sangat rasa spageti mama.Sedapppp!!!Tapi disebabkan aku mals nak duduk tercongok jaga troli,so aku pass penjagaan troli dekat ayah and jalan jalan satu Market tu.And guess what?I found a pair of super duper awesome bottles

 Ni apa yg ditulis untuk botol perempuan dibelakangnya.<3 family,Children,Husband.Nampak tak perkataan husband dihighlightkan

 Yg ni adalah pasangannya,so sweet di bottles.Yg laki dibelakngnya bertulis <3 Work,wife,Family,Children.I dont know why dia tak highlightkan wife tapi Family.Yg pasti kedua dua botol di gempakszzz!!

Dan pada petang itu,my cousin Aina and her family datang....yeay!! takdalah boring sangatkan.Dan selepas itu kitaorang pergi rumah opah semah untuk menangkap ayam.Woooo!!! tangkap ayamm....!!!Tak sabar nyerrr.....

Berkejar kejaran dengan ayam ni.Kepung dia!!! kepung!! ha,mana kau nak lari sekarang oh ayammm??!!!Habis lah kau....lepas ni duduk diam diam dalam perut aku.Jangan kau berkokok pulak

Mula mula aku tanya Aina,"kenapa tak beli je?dah siap potong dah" and ainda sayed "kalau beli,mahalll....lagipon kalau kita nk cari ayam fresh,ayam kampung dan ayam ni free jer.Tak payah kena bayar pon" itulah Aina,walupun dia muda setahun daripada aku tapi otak dia sudahpon ewas.Cuma muka jer makan kanak kanak riang.

 ayam disembelih....




 pabila kau didalam kuali
 
 hazim

 
 walaupun dah disembelih,tapi dia tetap gerak gerak dalm baldi tu
pertama kali melihat perkara ini,di depan biji mataku sendiri.Proses menangkap dan menyembelih seekor ayam.Takdalah geli mana bila kita tengok orang sembelih ayam.And aku sendiri tak faham kenapa dalam tv semua orang pengsan bila tengok ayam disembelih.

Tapi yg sedihnya,waktu  paucu dah dapat tangkap ayam tu,for the first time,I heard,ayam tu meraung raung,Bukannya berkokok lagi,cuma dengar suara ayam yg mcm dah tau tau je dia akn disembelih.Maybe pengalaman tengok sedara seayam ayam dia disembelih depan mata.Kesian.....

Day 2,Sunday
Hari kedua ada di kampung......haisyhhh...rancangan tak menjadi.Apa mampu buat,kita hanya mampu merancang,tapi allah yg menentukan segalanya.Sebenarnya malam tu aku,aina dan sepupu satu lagi,nafizah atau aku panggil dia pijah berancang untuk jogging satu kampung pagi pagi buta.Tepat pukul 7.15 ketiga tiga handphone menyalah.Macam macam bunyi ada.Yg pastinya bunyi alarm aku adalah 'rooster'So agak terkejut sikitlah dengar bunyinya.Tapi bila bangun jer,hujan turun tanpa disangka sangka.Hai....tak jadi nak jogging.Bakar lemak terkumpul ni. tapi....

Pada waktru petangnya,rancangan jogging diganti dengan rancangan mandi sungai!yeay!!! feel gila.Dari kampung kita orang jaln kaki pergi sungai,dan seperti biasa,kalau nak mandi sunagi kita kena turun bukit.Tang ni yg seram nih.Sebenarnya daripada jauh lagi kitaorang berdua dah nampak ada seekor anjing putih yg besaq gilaa.Dari mana anjing ni sesat aku pon tak tahulah.So sampai jer depan rumah seorang jejaka yg I used to called him 'my hero malaya' a.k.a patrick.a.k.a diamond (sebab rumah dia ada bentuk diamond) a.k.a penjara (sebab dulu rumah dia warna merah tapi sekarang dh bertukar warna silver and look like a jail) ahahaha XD.Kitaorang berhenti depan rumah dia and usya line dulu.Kita tengok mana anjing tu pergi.Lepas 5 minit berdiri sampai jadi spy,anjing tu blah tak tahu pergi mana.So teruskan perjalanan pergi sungai.Yahoo!! tapi sampai jer bukit kitaorang mula melangkah laju.Terkenangkan balik hari raya pertama,Boleh pulak terserempak dengan oink oink hutan.Alah khinzir hutannnn.....Hai....kelam kabut kitaorang lari,aku dengan pakai baju kurung nya.Dengan vawak kanak kanak riangnya..Cousin aku Si Zahir tu boleh lah lari laju,dorang pakai baju melayu,ada seluar,kitaorang ni? Nasib baik tak terkoyak baju raya aku tau!Dan nasib baik juga yg oink oink tu tak kejar kitaorang,dia lari masuk hutan balik.Haiiii.....pengalaman kali keberapa dah jumpa dengan oink oink hutan ni....So kitaorang ambil keputusan untuk jalan laju laju bila sampai dekat bukit.Dan alhamdulillah,selamat melepasi zon oink oink.Haha

Sampai dah kita ke kawasan perumahan yg berdekatan dengan sungai.Tapi belom samnpai sungai lagi.Aku tengok padang bole yg menghijau terbentang luas.Dan jejaka jejak kampung dengan lasaknya bermain bola di padang.Dan  bila kitaorang lalu je,semua orang pandang peliks...Maybe dorang tak kenal kot kitaorang.Tapi bila fikir balik ,bukannya baru first time balik kampung.Maybe dorang......argh ! mals nak fikir.Yg psti aku rasa best gila mandi sungai



One day aku akan noleh pegang palang ni.Btw,nampak tak bawah jambatan tu ada sungai.Nampak tak?



Duduk kampung kan?so,takpayah lah nk pakai lawa lawa.Pakai selebet pon orang tak kesah.So,tho is me again

dari kiri aku,aina,pijah.3 hari bersama kanak kanak riang ni dengan aku aku jadi kanak kanak riang.

Day 3,Monday
Sudah tiba masanya kami pulang ke rumah masing masing.Aku pulang ke  my 'home sweet home' lebih kurang pukul 3.15.Dan ada satu kejadian yg macam drama melayu terjadi pada aku.hah. what can I say are only 5 word, "Abang,what are you doing?"Dan sebenarnya ada satu lagi cerita yg buat aku sesangat happy  bila balik kampung.tapi......tengoklah kalau sempat aku cerita aku cerita,kalau tak.....
biarkan sahaja hati ini yg tahu rahsianya.I say men! This another story like a movie! Seriously!

sekian,assalamualaikum : D


Assalamualaikum.Terima Kasih.xoxo :}


An Adventures day! yuhuuuu!!!
Friday, September 13, 2013 | 11:49 AM // 0 Mustaches
asalamualaikum.
hari ini ,aku bertekad untuk mempertahankan persahabatan aku dengan nakarainaimi! dan aku juga bertekad untuk membunag lemak lemak yg tak ada funtion ni.buat penambah berat badan je.Dengan ini aku mengarahkan engkau lemak yg tak berguna,pergi jauh jauh dari tubuh badan ku!Ini adalah titah sultan.Lakukan dalam kadar segera!ecece....jet jet Sultan pulak aku nih!haiii......

ok ok,hari ini,iaitu hari jumaat yg mana adalah penghulu segala hari,kami Nakarainaimi bercadang untuk berjogging sebenarnya.Yg paling excitednya ialah Husna a.k.a Una.Kata nk pergi pagi,baru feel jogging.Bila orang tanya "boleh ker kau bangun pagi ni?" dengan penuh semangat dia cakap "boleh,kita sekarang dah bangun pagi dah!!! betullll" wow! wow! rilek una,rilex!

macam macam cadangan ada.kita pergi jogging dekat empanganlah,jalan jalan dekat sini sini jelah,ada yg cakap jalan jalan dekat rumah nenek mimi lah and waktu tu dalam kepala otak aku ni hanya terfikir Taman Metropolitannnnnn.cantik,damai,indah,tenang,dan besar lagi.Manalah tau tengah jogging,tiba tiba terserempak dengan jejaka comel,Memang fuhhhhh,cuci mata betol!serious.....tapi kami semua sebulat,sebujur sekotak sesegitiga suara untuk pergi berjogging di sekitar rumah nenek Mimi pada pukul 7.50 pagi.sound's like best kan,pergi jogging ramai ramai pagi pagi buta.tapi sebenarnya...........
ini yg jadi
........................................................

aku kunci jam pukul 6.30 a.m and then campak phone dekat sebelah.Golek kanan,golek kiri pusing pusing atas katil tu,main selimut,main pou tapi tetap tak terasa nak idur.So aku keluar bilik and terus bukak tv.Mungkin nasib baik,bukak tv jer keluar cerita PE 3 yg dilakonkan watak oleh Farid Kamil,Kamal Adli,Diana Amir.Ceritanya pulak memang cerita comedian gangster.Memang aku suka lah kan.Jadi aku teruskan tontonan tanpa tengok jam.Habis jer cerita tu barulah rasa mcm nak tidur.So selamat malam!

paginya pulak,tengah syok syok layan mimpi,sekali ada bunyi ayam berkokok dekat sebelah telinga  aku.Eeeeee,ayam siapa pulak yg memekak ni??? jadi mata ni terbukak lah dengan sedikit demi sedikit.Eeeeee alarm ni,time time ni pulak dia nk bunyi.So aku tak dismiss alarm tu,I'm jus snooze it.Because I think its still in the morning.Lambat lagi pukul 7.Mari kita sambung mimpi.Around 10 minit lepastu ayam berkokok lagiiiii,jadi aku snooze balik.Kali ketiga aku juga buat benda yg sama,samapilah kali ke empat,aku rasa mcm dah boleh bangun dah sebenarnya.So I wake up and saw the clock on my phone and "what?7.20?seriously,aku janji nak ambik alin pukul 7.15.Owh men!"Dengan kelam kabutnya aku lari mengejar masa.Aku tak mandi waktu tu,Sebab aku fikir yg "aku nak jogging.so nanti berpeluh jugak" takpayah lah nak mandi 2 kali kan?Jadi aku masuk bilik air cuci muka and gosok gigi je.Macam cerita P.Ramlee tu.hehe!And about 10 minutes after that ika called me.Dia suroh aku tunggu dekat rumah,dia otw.Aik? Ingat kau naik motor dengan husna.Tapi tak,dia call husna banyak kali tapi tak dijawabnya,So kami bawak dirilah ke destinasi yg lain.

Seterusnya,kami pergi berjalan ke rumah mak cik Syazlien.We come to fetch you babe!Nasib baik Alin ada kalau tak aku tepuk dia.Penat tau orang berjalan ni.and then lepas je keluar pagar rumah mk cik alin,ada sekumpulan anjing datang mengetuk sampah rumah orang.Kalau seekor takpalah jugak kan.Ni dia bawak geng lahhh.Apa lagi,cepat cepat lah kitaorang masuk balik dalam rumah.Eeee rugi tak tangkap gamabar.Anjing anjing tu dah macam along along dan pengikutnya mintak hutang pulak.Haiiiii,nasib kita baik lagi sebab alin dengan beraninya keluar and dia ambik ranting kayu and ketuk ketuk dekat tanah sambil cakap "syuh! Syuh!"ingatkan lari,tapi tak,anjing anjing tu lagi pandang adalah.Alin dengan beraninya again ambik pasir and campak dekat mereka mereka yg kelihatan along kawasan tadi.Luckily,their run!So,let's continue the journey!Next station,Rumah Nenek Mimi!

Sampai je destinasi kami,dari jauh dah namapk yg nenek mimi tengha sidai kain.Nenek dia cakap mimi tengah makan,tunggu korang datang lambat sangat.Dan seperti biasa yg orang lakukan kalau kita lambat.Membebel! pot pe! pot pet! sorrylah,masing masing terlajak tidur.hehe.Tapi lepastu takdalah pulak kitaorang jalan jalan tempat lain,just pergi taman yg berdekatan jer,And then,apa lagi. Jogging and Snapping a few pictures lahhhh!Buat kenang kenangan. Let me show you our photos

 posing on this beautiful scene.Lihatlah bunga putih yg berguguran


 so,ready for our jogs? let's go!










 gambar ni seriously kelihatan macam tangkap gambar yg ada dalam tv,mcm kitaorang ni pelakon pulak.ke aku sorang je yg perasan hehe :}



 tabik hormat!



 lemas sekejap tapi tak rimas.Bilalah husband nak peluk macam ni? weng weng *,*


 syussss!!! kitaorang tengah menyorok ni!!!



time ni tengah menyorok di balik pokok daripada fatin.hahaha XD senyap! senyap!



 I'm very in love with this picture!Gempak gila!Just look at my reaction! haha XD



 Alin dan ika seperti ibu dan anak "kasih ibu membawa ke syurga"  aku dan fatin "dah,Jom blah!tak payah nak tengok drama korea sadis ni!haiii!"


 peliks reaction







this is us for today,riang ria.bahagia alhamdulillah.aku cuma harap 10 tahun akan datang,masih ada lagi perangai gegila macam ni.Masih ada lagi gambar jogging macam ni.Tapi masa itu berenam termasuk Husna.Tak pon masing masing jogging bawak En Hubby,kepada yg probably kahwin awal macam ika or fatin maybe bawak ank sekali.Healthy Family! Hari ini disebabkan Una terlajak tidor so dia termiss our jogging day.Next time okay una!




dan selepas itu kami meneruskan Running Nakarainaimi pergi menapak ke rumah ika pulak.Dari Batu caves,ke Kg.Nakhoda Berjalan.Diulangi berjalan!agak agak berat aku turun berapa.Termasuk jogging 10 round tadi.

well,that's me.The one who holding a big box water air laici.Feell gila minum air kotak laici yg besar ni.*muka kepenatan*

overall,I'm very enjoying this day,it's so challenging! I't's like an adventures! why?because we are walking through the legacy.Jalan pergi sana,lepastu kona sana,lepastu jungle treckking kecik sikit,lepastu kelam kabut lari lintas jalan besar tu lepastu jalan lorong lorong rumah orang lepastu jalan tanpa henti,bila nak kona kanan pon aku tak tau lah waktu nk pergi rumah ika ni.Yg bestnya,disebabkan aku tak tahan kehausan kerana tak breakfast langsung,just makan roti jer,so aku merengek nak air kelapa.hehe! den kehausan!janganlah marah.tapi dapat 'berjumpa' dengan air kotak laici yg besar punya.lepastu RM2.80 je pulak tu.Memang aku ambik lah.Lepastu masuk 7eleven sebab nak ambik straw yg tercicir.Buat segan je masuk 7-e just nk mintak straw je.Tapi haus punya pasal.So redah jelah.Nasib baik abang tu handsome plus baik!To Una,don't worry,next friday insyaallah kita jogging lagi ok! But,I just want to say "today is rock nakarainaimi!!! love you guys!!!hope we will together forever.Aminn~"


Assalamualaikum.Terima Kasih.xoxo :}


suka?sayang?cinta?Which want you choose?
Tuesday, September 10, 2013 | 8:48 PM // 0 Mustaches




assalamualaikum,
saat hati kata "argh,aku boleh bahagialah kalau tak bercinta ni! bukannya penting mana pon." and that's it.I still alive without this 'freaking love thing'.Who says that you will die because this 'love thing'.For me,this freaking love thing is not important at all in our life.I repeat it again,it's NOT IMPORTANT!Tak effect mana pon kalau kita tak bercinta dalam kehidupan ni.Infact,tanpa cinta dalam hidup ni,kita kan lebih bahagia,selesa dan lebih bersemangat untuk hidup.Just take a time and think,"if they said that they will happily ever after or 'setia hujung nyawa',why there is divorce in our life?I admit that divorce is the best way that you can do if you're fighting each other and can't hold that for another time.Maybe divorce this is the best and the right way that you could do.Tapi Allah sendiri tak gallakkan perceraian dalam kehidupan.Dan tahu ataupun tidak,seorang perempuan atau isteri,tak boleh mintak cerai daripada suami.Berdosa.Biarlah suami sendiri yg lafazkan cerai."

If you ask me,that am I believe about love or not,I would absolutely say NO! What I believe is love after the marriage.Mengurangkan dosa,menambahkan pahala.And today is the day that I find out that I actually tak pernah rasa 'cintakan seseorang'.Kind of funny but that's the fact.Hari ini disebabkan pengaruh tv yg sangat besar,soalan "bukan mudah untuk melafazkan cinta" berlegar legar dalam kepala otak yg aku sendiri tak tahu berapa saiz dia.Seriously,bercakap adalah perkara senang yg korang boleh buat.tak perlukan duit untuk bercakap.Just say "I love you" pebenda yg susah sangatnya.Tak reti cakap omputih hang boleh keceq bahasa melayu,"aku cinta padamu" tapi pelik arghhh.Tu bahasa orang dulu dulu,orang dulu dulu sambil nyanyi main cak cak dekat pokok lepastu dorang selit selitlah aku cinta padamu tuu.haha!tak percaya pergi tengok cerita P.Ramlee.Sweet tak?Aku tak pernah boring tengok cerita P.Ramlee tu.Nice.

Okey,balik kepada cerita,dalam tengah bosan dok buat kerja BI tu,aku letak pen dan terus cakap "kenapa orang cakap susah sangat nak sebut I love you tu?" dekat Fatin.Fatin dok sengih sengih and suddenly she says that memang senang nak cakap I love you tu.Tapi nak maksudkan I love you  dalam hati bukannya senang.Dan dari situ kami mula berbiaca perempuan ke perempuan tentang 'suka,sayang,cinta'Daripada orang yg berpengalaman bercinta setahun,iaitu fatin,dia sendiri cakap yg suka,sayang,cinta adalah sesuatu pekara yg sangat berbeza.I setuju 100%.Dia cakap yg aku ni seorang yg senang untuk suka orang.Contohnya,aku suka tengok abang nur senyum,suka tengok perwatakan ameir,suka tengok abang merul,dan suka macam macam lah.Tapi fatin cakap aku ni jenis yg suka tetapi tidak lama.Senang hilangkan perasaan.Some kind of gift kot.Dalam aspek sayang pulak aku juga seorang yg mudah untuk sayang.Alahhhhhh,semua orang kita sayang.even sebenarnya orang yg kita benci pon kita sayang,and orang yg kita tak kenal kita sayang tau.Buktinya,kalau orang yg kita benci tu sakit,kita pon sibuk tanya "kau ni dah kenapa?macam mayat hidup jer.Sihat ke tak ni?" ha,satu lagi kalau kita tengah jalan jalan dekat somewhere lepastu kita nampak ada nenek tua yg tengah bawak barang banyak banyak,sebab sayanglah kita tolong nenek yg tidak diketahui tu.Free pahala kita dapat tau.

Tapi................
Dalam segi cinta??????
Hah,laju je Fatin cakap "kau sebenarnyer langsung tak pernah rasa 'cinta' tu!langsung tak!" Wo! wo! rilek arghhh.....
Tak payah lah emo sangat kan.Nak tergelak pon ada sebenarnya tau.Ok ok,kalau ni aku rasa 99% aku setuju.Lagi 1% aku biarkan hati aku sendiri yg cakap.Rsanya dia setuju kot.Sebab bukan fatin sorang je cakap mcm tu,Mimi pon cakap benda yg lebih kurang sama.Macam sepakat jerrr.Ingat lagi waktu mimi semangat gila cakap "Kau seorang yg tak mudah percayakan sesuatu.Contohnya cinta!"waktu aku tanya apa kelemahan aku untuk penghargaan kendiri tu.hahaha!maybe that's real.Aku memang tak percayakan cinta.tapi bukan cinta kahwin.Cuma cinta diusia remaja.Bagi aku cinta bagai  nak terpecah rak tu takkan ke mana pon.Agak agak sampai pelamin ke?sampai maut je aku tengok.Ramai remaja zaman sekarang sanggup mati sebab putus cinta.Apasal tak bunuh diri je sebab tak dapat makan burger.kan lebih kurang tu.

Kalau aku,aku yakin allah akan utuskan seorang hamba kepada aku untuk mendorong aku ke syuga.Cuma tak tahu siapa dan bila.Maybe orang yg aku kenal or orang yg aku sendiri tak tahu menahu.Maybe aku akan kahwin dulu daripada kakak aku or Nakarainaimi atupun shortformnya langkah bendul 7 orang sekali termasuk kakak.Maybe jugak aku orang terakhir yg akan kahwin daripada dorang.Ataupun aku sendiri takkan pernah rsa nikmat perkawinan disebabkan ajal.Ataupun memang dah orang yg tak nak dekat aku.Nak buat macam mana kan?Orang tak nak dekat kita dah kenapa pulak kita nak kejar kejar orang tu kan?tak nak tak nak lah.Aku cari orang lain!hehe :) well,that's life.Life must be fun.Enjoy it in the right way.Setakat ni aku enjoy dengan kehidupan aku.Aku bersyukur di atas kurniaan allah.Alhamdulillah.Terima kasih ya allah!

sekian assalamualaikum,salam suka sayang cinta.bai! :D
                                  
                                                                                                                                           XOXO,FNA


Assalamualaikum.Terima Kasih.xoxo :}


thinking about my future
Monday, September 9, 2013 | 8:15 PM // 0 Mustaches


assalamualaikum pepals :)
ayat zaman sekarang makin pelik pelik,people bertukar pepals.hai lah duniaaaaa*cakap orang tapi dia sendiri yang guna*

hari ini,iaitu pada hari ahad,aku mengikut rombongan keluarga menghantar balik kakakku ke stesen bas.Kakak U dekat Melaka,takkanlah nak hantar sampai ke Melaka tukan.eeeee tak ada masa awok nak ikut kalau macam tu.Wahhhh,sampai jer dekat stesen bas TBS,diri ini terasa macam orang zaman batu yg baru sampai ke era 2013.Stesen bas sekarang dah macam airport.Bertukar wajah betol!Dulu lain sekarang dah lainnnn~~~*singing*

Tepat jer 4.40petang satu suara  memanggil manggil nama kepada penumpang yang akan bertolak ke Melaka.So,goodbye kakak....Good luck on your presentation!

Dalam perjalanan balik ke rumah,mama tiba tiba je cakap "hah,hari ni kakak,esok esok angah lah pulak yg nak balik pergi U macam kakak.Angah reti ke nak naik bas sorang sorang ni?" and my ayah sambung "angah nanti mana nak naik bas.Dia naik flight lah.Nanti angah balik Malaysia setahun dua kali je.Belajar overseas lah dikatakan" suddenly my heart sayed,"boleh ke aku belajar dekat U?tersenaraikah nama Fatin Nadhirah Bt Azhari dalam antara pelajar pelajar Universiti?dapat ke aku memegang segulung ijazah sarjana muda.Segulung kertas yg amat diimpi impikan oleh semua orang.Segulung kertas yg boleh menentukan masa depan semua orang?Yes,the paper is made by wood but the signature of the paper?segala tulisan atas kertas tu bukan semua nama boleh buat.Bukan semua orang boleh dapat.really!"

Cita cita aku tinggi melangit.Impian aku tinggi menggunung.Dapatkah orang seperti aku boleh mencapai kedua duanya sekali?Bolehkah aku penuhi impian ayahku itu?Macam mana kalau aku tak dapat?Confirm parents aku down gila.Apa nak jadi dengan masa depan aku?Apa nak jadi dengan aku 10 tahun akan datang?Aku taknak terpasa kahwin dengan orang sebab tak ada kerja.Lepas kahwin nak buat apa?Duduk rumah melanguk jaga anak yg macam sekolah tadika tu?eeeee,sorang menangis sorang baling baling barang apa kejadahnya itu?Arghhhhhh!aku tak nak jadi suri rumah jaga anak.Titik!Aku nak jadi seorang wanita berkerjaya.Seorang yang boleh hidup tanpa duit siapa siapa.Tak perlu nak menghulurkan tangan dekat husband mintak duit untuk beli barang.Tak perlu nak mintak duit dekat parents semata mata nak sara hidup aku sendiri.Infact,aku sendiri nak bagi duit dekat family aku.Nak merasa pakai bagi duit dekat mama dengan ayah pakai duit gaji sendiri. I want to use my own money.

Angan angaku sejak kecil :
.Nak belajar dekat Universiti
.Kalau boleh nak belajar overseas
.Nak beli kereta sendiri
.Nak beli rumah sendiri.
.Nak kahwin dengan anak raja
.Tak nak ada budak kecik dalam rumah.
.Nak shopping.
.Nak hangout dengan kengkawan
.Nak jadi princesss.hahaha
.Nak ada kerja yg tetap.
.Nak ada masa depan yang cerah secerah lampu LED kereta
.Nak pakai baju like a princesss.Gaun.Kembang kembang gitu.

hah!aku yakin semua ni adalah seperti angan angan orang lain.tapi,itu juga angan angan aku.So biarlah!hahaha,Ya allah aku harap kau akan bantu aku permudahkan segala perjalanan kehidupanku.Cerahkanlah masa depanku Amin~Everytime I feell down,I feel like I want to quit,I'll write a memo in handphone.Here it is

17/07/2013 Wed            07:31
"Always studies,no love untill you're 21 years old.Follow your dream.You want to be a doctor eventhough you say that you want to be anything else.#dream"

09/09/2013 Mon            00:11
"Keep calm.Don't too much thinking about your future.seriously! It makes you feel down.Believe that you believe.Stay focused on your dream.Allah is always be there for you.May you be the best for your future.You can do it Fatin Nadhirah Azhari! I trust you! keep moving forward and don't,seriously don't ever you turn back! Fighting!!!! #WaitingForSomeone that I don't know"




memo ini adalah salah satu cara untuk membakar semangat dan lemak lemak di dalam diri.haha!tak adalah.ini adalah cara yg mana boleh buat aku rasa semangat.So apapun yg jadi,aku nak masuk class aliran Sains.And belajar tinggi tinggi.tak kesah lah tingkat 5 ker,tingkat 4 ker,asalkan belajar sampai aku kena naik tangga or lift.Kata orang mencari ilmu ni takkan pernah ada tanda noktah.insyaallah.Doa doakan diri ini ya.Assalamualaikum.babai :)
                                                                                                                                   
                                                                                                                                          XOXO,FNA


Assalamualaikum.Terima Kasih.xoxo :}




Older Post