

|
Gangster Kampung
Nasihat Anak Azhari
Nakarainaimi
My GalahMan
Terima Kasih Yang Besar Kepada
| malangnya ianya bukan untukku.....
Tuesday, May 21, 2013 | 10:05 AM // 0 Mustaches
mugkin kau fikir ini hanya satu permainan.tapi,bagiku ini adalah realiti.realiti yang mana aku harus tempuh.beribu ribu doa sudah ku pohon agar semua ini mimpi.semuanya akan hilang sebaik saja mataku dibuka.berpuluh puluh kali aku kelip mata,tapi semuanya masih sama.tiada perubahan.sampai sekarang aku tak faham macam mana 'benda' tu datang.tolonglah pergi!jangan kacau diriku lagi! benar kata orang,'cinta datang tanpa diundang'.aarghhhhh!susahlah hidup aku lepas ni!
alangkah indahnya jika senyuman itu untukku. alangkah bahagianya jika air matamu itu adalah untukku.tapi sayang.itu semua hanya angan.dan sepertimana yang kita tahu.angan angan nadhirah azhari.adalah sangat susah untuk menjadi realiti.aku dengar kau begitu menyukai dia.jika kau tahu perasaanku sewaktu itu.pasti kau tersentak.senyuman yang manis terus menjadi kelat.gelak tawa yang mengilai terus menjadi tangisan yang teresak.tapi hanya allah yg tahu semua itu.senyuman yang kelat hanya berada di hati.tangisan yang teresak.bersungguh sungguh aku sembunyikan.senyuman dan gelak tawa yang kau lihat ini hanyalah topeng semata mata.
tahukah engkau bahawa aku digelar 'singa sekolah' di sekolah?heh,mestilah kau tahu.kita kan jiran sebelah menyebelah.dah lupa?ya!di sini aku mengaku yg aku sangat garang di sekolah.tapi apabila genapnya matahari,aku hanya insan yang lemah.saya yang menurut perintah.tangisan yang menemaniku setiap malam.mungkin aku bodoh kerana mengangis kerana kau.tak berbaloi langsung! aku selalu menasihati kawanku agar jangan menangis kerana lelaki.jangan menangis kerana cinta.tapi perempuan tetap perempuan.wanita menangis bukan kerana lemah.tapi wanita meluahkan perasaan melalui tangisan.jadi normal lah kalau kita menangis.
berkali kali aku marah hati ini.tapi mungkin seperti tuannya.keras kepala.takkan dengar kata.sekali sahaja!tolonglah tunjukkan yg kau ambil berat tentang aku.yg kau masih anggap aku wujud.wujud di depan mata kau.tolonglah.pandanglah aku!tolonglah.aku tak sanggup disakiti lagi.tolonglah.aku merayu.tapi jika ini yang dinamakan takdir.maka 'ya allah!aku merayu padamu,kau jauhkan lah dia daripadaku.kau kuatkanlah hati ku.kau tabah kanlah hati ini.agar aku bisa bangkit dari jatuh.hentikanlah permainan cinta monyet ini.aku tak sanggup ya allah.hanya padamu tempat aku mengadu.hanya kau yg tahu isi hati ku. kau lembutkanlah hati dia ya allah.jika bukan aku yang terbaik untuk dia,maka kau berikanlah seorang yang lebih baik daripada ku untuk menjaga dia.aku redha ya allah aku redha!' Amin amin ya rabbal alamin.....
![]() ![]() ![]() |